Hey everyone! Lately diriku trsangat la bz sbb nk induksi duk wat assignment (satu je pun =p) and nk baca nota yg tak trbaca-baca lagi. Byk la pulak benda berlaku sepanjang start cuti hingga hari ni (mostly duk kg, sbb opah sakit tenat n arwah dh pun dia 5hari lepas) yg menyebabkan plan aku nk membuat kerja satu-satu secara slow n steady tak menjadi. Akhirnya sampai ke saat ni, assignment 3k words aku br je siap smalam n nota2 satu hape pun aku xbaca. Tp sempat plak la kan aku nk kongsi resepi faveret family and frens aku. =p Slalu aku kalau potluck ke or ada makan-makan kt umah aku ni lah makanan yang slalu habis dan trpaksa dibuat lg. Xpernah luak. So pada ramai yang brtanya, here is the recipe (dun worry, ni bukn brmaksud aku malas dh nk buat kt hangpa, cume bila aku takda hangpa ngidam bnd ni, hangpa leh la try wat sndr. =p )
Sandwich Tuna
Bahan-bahan
1 Roti pek Jumbo (boleh juga guna whitebread, wholemeal, roti kebab)
1 tin tuna dalam air (sila toskan air nya agar xlembik sgt)

2 biji telur rebus (hard boiled egg, xmo yg sparuh masak. Slalu aku pakai telur kenduri kawin =p)

1 biji bawang besar (dicincang halus)

2 biji cili merah (dicincang halus)

3-4 sudu besar mayonis

1/2 biji limau nipis

Lada sulah dan garam secukup rasa.

Tomato, Timun (dipotong nipis)dan Salad segar
Margerine/Butter
Langkah-langkahnya.
1. Ambil sebiji mangkuk yang besar dan masukkan tuna dan telur rebus. Hancurkan kedua-dua bahan ini menggunakan garpu.
2. Masukkan cili, bawang, dan mayonis. Gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan pula lada sulah dan garam. Perahkan limau nipis dan gaulkan kesemua bahan tadi.
4. Ambil roti dan sapukan majerin di atas nya. Letakkan tomato, timun dan salad tadi.
5. Kemudian sapukan bahan-bahan yang telah digaul dan apit dengan roti.
6. Potong mengikut kesukaan hati atau boleh juga dibakar dalam sandwich maker.
7. Lastly, makan la apa lagi.. =p
Hehehe, begitulah resepi tuna sandwich yang dapat saya kongsikan kali ini. Selamat Mencuba! =)
![]() |
| Salah seorang peminat fanatik sandwich tuna sedang menjamu selera. (hehehe, I love U Eva, Jgn mara2. =p) |





2 comments:
nampak begitu sedaap sekali..
eva tu mcm da 2-3kali tambah..HAHA
;)
Yup..ianya begitu sedap hingga diminati oleh selebriti2 antarabangsa contohnya macam Cik Eva kita yg hot ni la. Slalu mmg Cik Eva mkn bnd ni dia suka tambah. Malahan satu portion resepi ni mmg untk dia sorg saje. Nampk je kecik Cik Eva ni tapi kuat makan. Katany itu lah rahsia untuk mjadi hot. Trnyata rahsia tu leh apply kt dia je, kt tchr bukn jadi Hot.. jd Heavy. Hahaha
Post a Comment